Soalan Lazim (F&Q)

Di bawah adalah beberapa persoalan yang sering ditanya oleh setiap agen dan juga pelawat yang berminat untuk menyertai perniagaan topup easy@auto reload ini. Anda di kehendaki membaca persoalan-persoalan yang sering ditanya di bahagian ini kerana kemungkinan soalan yang anda ingin tanya sudah ada jawapan di sini.

1. Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar sebagai agen topup easyreload?
Pergi ke Bahagian Pakej Pendaftaran untuk mendaftar sebagai agen topup TopupBizz.



2. Bagaimana cara pengiraan profit dilakukan dan bagaimana agen akan mendapat profit tersebut?
Contoh anda mempunyai modal rm10.00. Anda menjual topup celcom rm10,syarikat akan potong Rm9.70 daripada modal anda. Baki dalam modal rm0.30 adalah keuntungan anda.

 3. Adakah saya perlu menggunakan No. HP yang didaftarkan sahaja untuk melakukan jualan dan tambah modal?
Ya. Anda perlu menggunakan No. HP yang anda daftarkan sebagai agen topup easyreload sahaja untuk menjual topup easyreload dan menambah modal.

4. Berapa lama Akaun agen baru akan aktif setelah melakukan deposit?
Akaun baru akan aktif dalam masa 15 minit - 24 jam. Anda akan menerima sms dari server.

5. Saya telah menyertai topup easyreload ini. Tetapi saya terlupa No ID saya. Bagaimanakah cara saya boleh mendapatkan semula no ID saya?
Dapatkan semula no ID anda dengan menaip ” BAKI ” dan hantar ke no server.

6. Kenapa saya tambah modal tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas dan tidak mendapat modal tersebut.Sila ikut format tambah modal dengan betul seperti di bahagian tambah modal. Jika betul sila hubungi No. Careline kami iaitu 014 – 8307732)

7. Kenapa apabila saya menjual topup easyreload, saya sudah mendapat SMS mengatakan transaksi sudah berjaya tetapi pelanggan tidak mendapat topup tersebut?
Jika anda mengalami masalah sedemikian, anda perlu berhubung dengan No. Careline iaitu 014 – 8307732

9. Adakah saya boleh menguruskan modal downline saya?
Ya. Anda boleh menguruskan modal downline anda.


10. Apakah perbezaan setiap pakej di TopupBizz?Sila lihat bahagian Pakej Pendaftaran.

11. Adakah saya akan dibekalkan dengan website apabila mendaftar sebagai agen untuk tujuan promosi?
Tidak. Website Topupbizz adalah inisiatif Admin sendiri. Anda digalakkan membuat website sendiri untuk tujuan promosi.

12. Adakah saya perlu membayar kepada mana-mana pihak untuk mendaftarkan Agen ?
Tidak. Anda boleh simpan hasil yuran pendaftarandownline anda. Syarikat akan caj rm5 setiap pendaftaran agen baru daripada modal anda.

13. Bagaimanakah cara untuk saya mendaftarkan downline dan apakah format yang digunakan?
Sila lihat bahagian Format SMS bagi mendaftarkan downline.

14. Adakah agen yang berdaftar di TopupBizz boleh menentukan yuran pendaftaran downline?
Ya. Anda boleh menentukan yuran downline anda sendiri.

15. Adakah saya perlu mendaftarkan no HP yang berbeza untuk menjual produk yang berbeza?
Tidak perlu. Ini kerana, dengan satu pendaftaran no HP sahaja sudah membolehkan anda menjual semua produk yang ditawarkan kepada anda (produk yang ditawarkan melalui laman web ini).

16. Kenapa pelanggan saya tidak mendapat reload digi sedangkan transaksi mengatakan ianya sudah berjaya?Jika anda menggunakan topup pin (DP), anda perlu memberikan sendiri no pin tersebut kepada pelanggan kerana ianya bukan easyreload tetapi pin. Cara untuk reload digi, sila ikuti langkah di bawah:
Langkah 1 Masukkan *123*<14-digit reload PIN>#
For example: *123*12345678901234#
Note: Sila dapatkan 14 atau 16 digit no pin daripada SMS transaksi yang berjaya.
Langkah 2 Tekan [CALL]
Langkah 3: You’ll receive a SMS message confirming your reload

17. Adakah saya perlu maintain jualan secara bulanan atau tahunan ?
Tidak.

18. Bagaimana cara nak tukar komisen kepada deposit?
Taip TUKAR.ALL dan hantar ke no server
*boleh guna huruf besar atau kecil

19.Apa yang biasa menyebabkan transaksi gagal?
Transaksi gagal disebabkan hal-hal berikut:
� Prepaid Handphone anda habis.
� Modal kredit topup anda habis.
� Pin anda sedang diblock
� Pin anda salah.
� Kod produk salah.
� No. Tujuan tidak betul.
� Operator telefon atau operator sedang ada gangguan.
� Kesalahan menaip format sms dalam mengirimkan sms ke no server.
� Kesalahan dalam mengirimkan ke no server.

20.Apakah deposit modal kredit agen akan hangus dalam waktu tertentu?
Deposit modal kredit topup tidak akan hangus dalam waktu tertentu & tidak akan berkurang apabila tidak gunakan untuk melakukan transaksi.

21.Apakah agen dapat mendaftarkan agen baru?
Ya. Agen boleh mendaftarkan agen baru. Yuran pendaftaran agen yang tentukan. Caj server RM5.00 akan dikenakan kepada anda sewaktu menjalankan transaksi ini. Sila rujuk Format SMS.

22.Berapa lama deposit modal kredit topup akan ditambahkan, jika sudah melakukan pembayaran bank in?
Jika tidak ada gangguan internet banking deposit anda akan ditambah kurang lebih 15 minit - 3 jam dan akan menerima SMS pengesahan jika deposit sudah ditambahkan.


23. Berapa cas untuk setiap transaksi yang dilakukan melalui sms ke No. Server?
1 sen ditolak dari kredit hp (sekiranya anda telah aktifkan 8pax(Celcom), Active5(Maxis),Friends and Family(DiGi)) dan 1 sen lagi dipotong dari modal topup anda. Cas sama dikenakan untuk setiap sms yang di hantar ke No. Server seperti cek Baki modal topup. Tiada cas dikenakan sekiranya transaksi transaksi jualan menggunakan YM.

*Sila Tambah Modal Awal Sebelum Stok Modal Kehabisan
Tambah Modal mengambil masa di antara 15 minit hingga 24 jam, jadi anda perlu menambah modal sebelum stok modal anda kehabisan bagi mengelakkan berlaku masalah tidak boleh topup.


24.Saya berminat ingin menjadi agen tetapi saya menggunakan postpaid,adakah saya boleh menjadi agen?
Boleh,anda boleh menjadi agen walaupun anda pengguna postpaid.

25.Apa yang perlu saya lakukan setelah menjadi agen topup?
Anda harus menambah modal ke dalam akaun topup anda sebelum menjalankan perniagaan topup anda.(Sila lihat ruangan penambahan modal untuk menambah modal)

26.Bagaimana dengan modal perniagaan?
Modal di dalam akaun topup anda mestilah mencukupi nilai yang ingin diniagakan.Contoh:Jika anda ingin topup sebanyak RM3 kepada pelanggan,baki di dalam akaun topup anda mestilah mencukupi atau melebihi RM3.

27.Adakah akaun topup sama dengan kredit handphone saya?
Tidak,akaun topup tidak sama dengan kredit handphone anda.Jika anda menpunyai baki di dalam akaun topup dan ingin menjalankan urusniaga,anda juga perlu mempunyai kredit handphone anda untuk menghantar sms kepada serve.(Sms kepada serve sama seperti anda sms kepada handphone lain,ia memerlukan kredit)

28.Berapakah nilai topup yang saya boleh jual?
Nilai topup yang anda boleh jual adalah serendah RM3(sila lihat ruangan produk).

29.Dalam 24 jam apakah saya dapat melakukan urusniaga topup lebih sekali dengan nilai dan kepada no hp yang sama?
Tidak boleh. Ini kerana system akan block, dikuatiri masuk 2x dengan nilai dan no hp yang sama.